Tuesday 22 February 2011

Kumpulan Rakan Ilham Seni SMK Dalat Generasi ke - 4

Memori lama saya terimbas kembali bila melihat gambar ini. Inilah zaman saya mengikuti Grup teater KRIS SMK Dalat pada tahun 2004. Bagi saya ia bukan setakat memori tetapi juga pengalaman baru bagi saya kerana penglibatan dalam Grup inilah yang mengajar saya untuk berdepan dengan perasaan malu. Pengasas Grup KRIS ini adalah Cikgu Juni Jon, seorang yang mempunyai semangat yang tinggi dan berpengetahuan malah memiliki idea yang hebat dalam mengarah Grup KRIS untuk membuat pementasan. Pada mulanya agak segan untuk saya tampil menunjukkan bakat kerana 'blocking' perasaan malu yang tinggi. Tapi dengan ilmu dan petua yang diturunkan oleh Cikgu Juni sedikit sebanyak mengubah karekter saya untuk berlakon di pentas. Kini sudah 6 tahun berlalu, entah di mana rakan-rakan GTK 04. GTK masih terus bertapak sehingga kini, malah semakin mantap dengan adanya bakat muda yang baru menyinari kegiatan seni di Dalat. Hidup Melanau.!!




Inilah barisan pelakon-pelakon yang menunjukkan taringnya dalam seni lakonan pada tahun 2004.(Gambar sebelah)


Inilah antara gambar lakonan pertama saya dengan rakan-rakan GTK 04. Dengan tajuk "Larung Kesatria" telah menjiwai hati penonton pada masa itu dengan aksi watak utama Maslina Yahya, mampu menarik juri untuk menobatkan dia sebagai pelakon terbaik. Walaupun keputusan pertandingan pada masa itu agak kontroversi, kami masih bersyukur dan berpuas hati dengan tempat ke-3.
GTK tetap terhebat dan mampu memberi jolokan ke hati penonton.

Inilah rakan seperjuangan GTK 04 yang merangkul anugerah pelakon terbaik , Maslina Yahya.


Inilah persembahan kedua GTK 04 pada masa itu. Bertempat di SMK Patrick Mukah, terubat kekalahan persembahan drama sebabak yang sebelum itu, GTK mampu menunjukkan kehebatan sebenar lakonannya, tiket untuk mewakili Bahagian Mukah telah ditempah sebagai ganjaran kemenangan kami. Walaupun tewas di peringkat negeri, namun semangat juang anak jati melanau yang ingin ditonjolkan kepada masyarakat luar sana. GTK is great.


Inilah hadiah untuk Hari Guru. Inilah persembahan sempena hari guru..

Apa yang ingin saya katakan di abris terakhir ini, saya harap rakan GTK junior terus bersemangat meneruskan revolusi GTK. Majulah GTK, hidup melanau.!

Monday 21 February 2011

Lu Fikirlah Sendiri..?!!

Saban hari, manusia semakin tidak bijak dan tidak matang. Kenapa? Mereka miliki kepercayaan masing-masing, yang di sembah adalah sama, TUHAN(MAHA BERKUASA). Saya percaya agama masing-masing diajar sesuatu yang baik, diajar tentang sayang kepada semua. Tapi kenapa? Kenapa masih ada sekelumit hati yang masih tersisip perasaan hitam itu kepada sesiapa? Saya bukan ingin bermukadimah sebagai insan yang sempurna, tapi saya adalah hamba Tuhan yang kerdil di sisinya,kasihankan saudara-saudara yang masih ada bersifat sebegitu....

Thursday 17 February 2011

Belajar untuk hidup, hidup untuk belajar..

Tanggal 17.02.10. Hari permulaan untuk saya memulakan langkah dalam penulisan blog. Pernah terfikir akan niat dahulu untuk menulis blog, tapi masih agak ragu-ragu tambahan agak malas juga untuk memulakan. Bukannya apa, proses permulaannya agak leceh tapi kalau keinginan tinggi dan minat rasanya bukan jadi penghalang.. jadi ucapan selamat datang kepada diri sendiri. tahniah anda telah melangkah ke alam percubaan menulis blog. teruskan belajar dan belajar menulis blog.. pasti ketemukan jalannya kelak..