Saturday 5 March 2011

Skrip pertama aku, hasil penulisan dan penghayatanku. masih belajar.(skrip pertandingan teater)

Tajuk : AKU
Pengarah : Patrick Peter
Penulis Skrip : Patrick Peter
Pelakon : Patrick, Albert, Kenneth, Ruzaini, Hafizie


Adegan
Lagu berentak “instrumental” dimainkan. Seorang pemuda masuk pentas. Duduk si satu sudut,kelihatan bersedih. Dia merenung ke arah penonton dengan muka kebingungan…Muzik semakin perlahan…

AKU
Apa yang berlaku ke atas diriku ini? Aku tidak mengerti apa yang terjadi kepada diriku, sedikit demi sedikit kawanku meninggalkanku. Apa salahku?! (sedih..ingin menangis) Lama-lama aku akan kesendirian tanpa teman, aku tak mau sendiri… siapa boleh bantu aku??(bersujud..tnduk.. menangis)
(seorang pemuda masuk dan menghampiri Aku)
BAIK
(Memegang bahu Aku..) Jangan bersedih aku.. Kamu harus menyedari dahulu lagi bahawa sebegini ini akan berlaku.
AKU
(Bangkit..) Siapa kamu? Kamu tidak akan tahu perasaan aku. Bagaimana kamu tahu aku dalam kesusahan?
BAIK
Bagaimana? Kamu tanya aku bagaiamana? Aku sememangnya tahu…., ini semua kerana angkara kamu sendiri, kamu membenarkan dia merajai kamu. Kamu seharusnya ikut kata aku dahulu..(menatap AKU)

AKU
(Hairan..) Apa yang kamu katakan ini? … Aku tidak faham.. Aku tidak kenal kamu pun, kamu siapa??! Pernahkah kita berkawan?
BAIK
(Tersenyum.. melihat penonton) Ya, kita bukan setakat berkawan, tapi kita adalah satu dalam kamu.. tapi kamu tak merelakan kehadiranku, kamu tidak mengendahkan aku..
(Seorang lagi pemuda masuk ke pentas.. dengan lagak sombong…)
JAHAT
(Ketawa..) Hey.. kamu jangan nak hasut dia..!! Dia adalah aku. Jangan kamu memandai dengan kata dusta kamu itu. (mendekati AKU lalu memegang bahunya..tersenyum sambil memandang penonton) kamu jangan risau, perdulikan orang yang benci akanmu, kita balas balik. Apa ertinya dendam jika tak dimakbulkan, apa maknanya dengki yang kita miliki.. laksanakan.. (ketawa)
AKU
(Melepaskan pelukan bahu oleh JAHAT.. hairan) Kamu pula siapa? Kenapa kamu kata aku adalah kamu? Pelik..!! Argghhh..!! Siapa kamu berdua? (memegang kepala) Aku pening.. Tolong..!!
BAIK
(Merapati AKU) Bawa bertenang AKU, jangan kamu paksa dirimu dibelenggu dengan kuasa jahat. Ikut kata aku, sedarlah bahawa kamu dikawal oleh dia ini(menunding jari ke arah JAHAT).. penghasut dan perosak hati manusia. Ikutlah jalanku pasti kamu akan tenang nanti.. percayalah..
JAHAT
(Muka marah menatap BAIK kemudian menghadap penonton) … Ahh.. Jalan baik konon, apa keseronokannya hanya sujud akur akan perintahNYA, buat baik?? Tiada guna, apa ertinya? Tiada kepuasan tiada kuasa, kita mahu takluki dunia, biar orang lain takut akan kita, kita perintah..!!
BAIK
Dasar jahat.. semua keseronokan sementara, ingat AKU.. Dunia ini hanyalah pinjaman kepada kita, ingatNYA.. buatlah amalan.. jangan biarkan dirimu dibelenggu kuasa roh jahat. Dekat hatimu dengan TUHAN..(Medekati AKU)
(Lampu pentas terpadam dalam beberapa saat. Muncul di pentas seorang pemuda, mukanya bertopeng memegang tongkat seakan-akan serampang dan dia berekor.. )
IBLIS
(Ketawa…. Memandang penonton) …. Di mana kuasa baik itu.. ingin menghasut anakku ini.. (memandang AKU) .. jangan berpaling kepadanya wahai anak muda.. teruskan, biarkan saja kebencian manusia lain membakar di hati kamu, jadikan ia sebagai kuasa hitam untuk menambah perisa roh jahat kamu.. kamu akan nikmatinya tak lama lagi.. ambil masa anak muda..
AKU
(Bangkit..) Kamu siapa pula? Kenapa kamu berkata begitu? Aku telah hilang kawan hanya kerana sifat jahat aku.. aku tak mahu kehilangan mereka..(bersedih) aku dah cukup serik..
JAHAT
(Merapati AKU) Jangan pernah serik AKU. Kamu akan mendapat ganjaran suatu hari nanti..
IBLIS
(Ketawa..) Ya anak muda.. teruskan kejahatanmu itu.. kawan hanya mengganggu rancangan masa depanmu.. teruskan. Kamu pasti mendapat apa yang kamu mahu nanti..(ketawa)
(Seorang pemuda muncul dari tepi depan pentas..pakaiannya serba putih)
MALAIKAT
Dasar IBLIS, penuh dengan tipu helah.. bibirmu manis berkata-kata tapi kata-katamu adalah menyesatkan. Setiap manusia yang mengikutimu pasti lemas bergelumang dalam dosa oleh perbuatanmu…
IBLIS
(Memandang bengis MALAIKAT) .. Hey, Malaikat..!! (ketawa, bengis kembali.. memandang penonton) Kamu ingat kamu hebat? Hebat mengikut TUHAN..!! Berdebah..!
MALAIKAT
Sudahlah Iblis, aku tak kata aku hebat tapi Tuhan jadikan aku hebat sebab aku ikut perintahnya, ya TUHAN memang hebat..!!, DIA MAHABerkuasa pencipta langit dan bumi, segala alam semesta. Itu semua kekuasaannya..


AKU
Apa semua ini?? Aku tidak faham !! Kenapa dengan aku ni? Kenapa kamu semua ada di sini? ARGGHH..!! (Sujud .. menangis) Sakit hatiku. (Marah) Kamu semua..!! Jangan buat aku marah..! Jangan ganggu aku di sini.!! (mata meliar bengis)
JAHAT
(Ketawa..) Teruskan ia menguasai kamu.. teruskan AKU..(ketawa)
BAIK
Bertenang AKU, kamu telah dibutakan oleh roh jahat. Sedarlah wahai AKU.. ! Sedarlah.. kamu belum terlambat lagi(memegang bahu AKU)
IBLIS
(Menolak BAIK.. memandangnya bengis.. melihat penonton) hey BAIK, nyah kamu..!! Anak muda, barakanlah hati jahat kamu itu.Kamu akan lebih selesa nanti dengan kuasa yang kamu miliki..(ketawa sambil memandang AKU)
MALAIKAT
(mendekati AKU..) Anak muda, Ini adalah roh kamu, roh baik.(sambil menunding jari kearah BAIK) Dia adalah milik kamu, tapi kamu tak menerimanya dalam diri kamu, kamu tolak dia dari diri kamu, tapi kamu benarkan roh jahat itu di dalam kamu..sebab itulah kamu ditimpa masalah seperti yang kamu alami sekarang.. sedarlah anak muda.. kamu belum terlambat lagi.
(AKU memandang melaikat, BAIK menghampiri AKU)
BAIK
Ya AKU, aku harap aku diterima kamu kembali di dalam dirimu.. jauhkan JAHAT dari diri mu, jangan tunduk dengan kata dusta mereka berdua.
AKU
(Bangkit dan memandang penonton)
Sekarang aku faham kenapa selama ini aku semakin disisihkan, aku hanya menurut kata-kata roh JAHAT. Aku mulai alpa dengan diriku, aku sesat..! (Memandang JAHAT dan IBLIS) Kamu berdua telah hampir hancurkan hidup aku. Pergi kamu ..!! Jangan ganggu aku lagi.


IBLIS
(Ketawa.. sambil memandang AKU, kemudian memandang BAIK dan MALAIKAT) Mungkin kamu menang untuk kali ini, tapi ingat aku akan kembali kepadamu AKU, aku akan sentiasa menemani jalan kegelapanmu.. ingat, sekali kamu lemah dan lalai, kamu adalah miliku..(ketawa)
(terus berlalu pergi bersama JAHAT)
MALAIKAT
Anak muda, IBLIS sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan jalanmu. Ingat, berdoalah selalu, dekatkan hati dengan TUHAN, pasti jalanmu diterangkan. Jangan biarkan dirimu hanyut dengan godaan roh jahat. Berdoa dan buatlah amalan baik…
(Lampu pentas dipadamkan.. sayup kedengaran..”ingat anak muda, jangan mudah alpa, sentiasalah ingat akan TUHAN… tidak lama kemudian lampu pentas dinyalakan lagi.. AKU sedang terbaring di atas pentas)
(Seorang pemuda menghampiri AKU)
PEMUDA
(Menggerak-gerakkan badan AKU) Anak muda.. bangun anak muda. Kamu ok ke anak muda?
AKU
(Terbangun.. hairan) Eh. Kenapa AKU berada di sini? Kamu siapa?
PEMUDA
Anak muda, tadi aku ternampak kamu sedang terbaring di sini,saya ingat kamu pengsan tadi, sebab tu aku cuba gerakkan kamu…
AKU
(Masih hairan..) Eh, mana mereka tadi.? Mana mereka pergi? ARGGHH..!! (menangis..) Aku menyesal, aku dah sedar.. maafkan aku. Kali ini aku akan berbuat baik dengan kawan-kawan dan semua orang..
PEMUDA
(terkejut dan hairan..) Err.. anak muda..?
AKU
(memeluk pemuda sambil menangis..) Maafkan aku.. aku salah selama ini..

PEMUDA
(melepaskan pelukkan AKU)Eh..! Apa salah aku..? Kamu dah gila kah? Ee..(terus berlalu takut dengan AKU)
AKU
Jangan pergi…!! (menangis.. bersujud.) Tuhan , maafkan lah dosa hambamu ini, aku telah banyak buat salah dengan semua orang.. maafkan AKU.. maafkan aku..Aku sudah insaf..
(lampu pentas dipadamkan…)
TAMAT

Tuesday 22 February 2011

Kumpulan Rakan Ilham Seni SMK Dalat Generasi ke - 4

Memori lama saya terimbas kembali bila melihat gambar ini. Inilah zaman saya mengikuti Grup teater KRIS SMK Dalat pada tahun 2004. Bagi saya ia bukan setakat memori tetapi juga pengalaman baru bagi saya kerana penglibatan dalam Grup inilah yang mengajar saya untuk berdepan dengan perasaan malu. Pengasas Grup KRIS ini adalah Cikgu Juni Jon, seorang yang mempunyai semangat yang tinggi dan berpengetahuan malah memiliki idea yang hebat dalam mengarah Grup KRIS untuk membuat pementasan. Pada mulanya agak segan untuk saya tampil menunjukkan bakat kerana 'blocking' perasaan malu yang tinggi. Tapi dengan ilmu dan petua yang diturunkan oleh Cikgu Juni sedikit sebanyak mengubah karekter saya untuk berlakon di pentas. Kini sudah 6 tahun berlalu, entah di mana rakan-rakan GTK 04. GTK masih terus bertapak sehingga kini, malah semakin mantap dengan adanya bakat muda yang baru menyinari kegiatan seni di Dalat. Hidup Melanau.!!




Inilah barisan pelakon-pelakon yang menunjukkan taringnya dalam seni lakonan pada tahun 2004.(Gambar sebelah)


Inilah antara gambar lakonan pertama saya dengan rakan-rakan GTK 04. Dengan tajuk "Larung Kesatria" telah menjiwai hati penonton pada masa itu dengan aksi watak utama Maslina Yahya, mampu menarik juri untuk menobatkan dia sebagai pelakon terbaik. Walaupun keputusan pertandingan pada masa itu agak kontroversi, kami masih bersyukur dan berpuas hati dengan tempat ke-3.
GTK tetap terhebat dan mampu memberi jolokan ke hati penonton.

Inilah rakan seperjuangan GTK 04 yang merangkul anugerah pelakon terbaik , Maslina Yahya.


Inilah persembahan kedua GTK 04 pada masa itu. Bertempat di SMK Patrick Mukah, terubat kekalahan persembahan drama sebabak yang sebelum itu, GTK mampu menunjukkan kehebatan sebenar lakonannya, tiket untuk mewakili Bahagian Mukah telah ditempah sebagai ganjaran kemenangan kami. Walaupun tewas di peringkat negeri, namun semangat juang anak jati melanau yang ingin ditonjolkan kepada masyarakat luar sana. GTK is great.


Inilah hadiah untuk Hari Guru. Inilah persembahan sempena hari guru..

Apa yang ingin saya katakan di abris terakhir ini, saya harap rakan GTK junior terus bersemangat meneruskan revolusi GTK. Majulah GTK, hidup melanau.!

Monday 21 February 2011

Lu Fikirlah Sendiri..?!!

Saban hari, manusia semakin tidak bijak dan tidak matang. Kenapa? Mereka miliki kepercayaan masing-masing, yang di sembah adalah sama, TUHAN(MAHA BERKUASA). Saya percaya agama masing-masing diajar sesuatu yang baik, diajar tentang sayang kepada semua. Tapi kenapa? Kenapa masih ada sekelumit hati yang masih tersisip perasaan hitam itu kepada sesiapa? Saya bukan ingin bermukadimah sebagai insan yang sempurna, tapi saya adalah hamba Tuhan yang kerdil di sisinya,kasihankan saudara-saudara yang masih ada bersifat sebegitu....

Thursday 17 February 2011

Belajar untuk hidup, hidup untuk belajar..

Tanggal 17.02.10. Hari permulaan untuk saya memulakan langkah dalam penulisan blog. Pernah terfikir akan niat dahulu untuk menulis blog, tapi masih agak ragu-ragu tambahan agak malas juga untuk memulakan. Bukannya apa, proses permulaannya agak leceh tapi kalau keinginan tinggi dan minat rasanya bukan jadi penghalang.. jadi ucapan selamat datang kepada diri sendiri. tahniah anda telah melangkah ke alam percubaan menulis blog. teruskan belajar dan belajar menulis blog.. pasti ketemukan jalannya kelak..